>

Tuesday, July 12, 2011

3rd GA Mummy Danny!!!!!

Sapa nak handbag raya???
Meh join

Ni pic raya 2010 kat umah aku le R2-505 Al-Handasaa
Last year mmg balik raya Mesia tanahairku
Tapi raya ke-5 dah ada Doha semula yek
Tu pasal ada gambo seperti di atas
Aku buat open house
Cuma wat soto nasi impit, bihun, begedil, air sirap limau
Kuih raya ada gak bawak dari Mesia la kan
Raya tahun ni x plan lagi nak masak apa tuk open house

Tahun ni wajib balik Mesia lagi walapun tiket semakin melambung
Karang baju raya sapa nak pakai lak kalau aku tak balik
Pastu lak camne aku nak menggayakan beg yg MummyDanny nak bagi ni
Hahahahhahahah verangan arr dulu feeling2 aku yg menang kan...kan...

Hah nak share biskut raya ek
Ntah nape aku tengah gila ngan biskut makmur
Raya lom lagi ni tapi dah 3 bekas (150 bijik) aku tala
Nak buat x reti beli jek


BISKUT MAKMUR (resepi Hanieliza)

Bahan Doh/Kulit

500 gm tepung gandung
80 gm gula halus
minyak sapi [ikut lembut boleh kepal]

Bahan Inti
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus

Gula icing [untuk salut kueh]

Cara
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
3. Ambil doh dan leperkan.
4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak]
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
7. Simpan dalam balang kedap udara.
 




Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift! Jom kite klik2

2 comments:

Atiey said...

uih belom pose dah tala 15okpg..hehe nmpak sgt rindu kg tu...anyway tahniah menjoinkan diri n hope lucky yer dear...hem ada resepi tu buatlah mama oi..senang 1guni pun leh tala..hehehee...

AishaAminudin said...

wah contest raya la...insyaALlah, nanti mlm aisha join

tq, tag kita...lalala

gud luck k